Tuesday, March 15, 2011

kesan susulan naik taraf kecil-kecilan

AGQ (shogun ku) telah selamat menjalani operasi penukaran pilot jet. Jadi elok rasanya dikongsikan bersama kesannya. Memang terasa ada peningkatan dari segi pick up, namun top speed masih sama. Mungkin kerana AGQ menggunakan rantai O-ring yang sememangnya lebih berat dari yang biasa, itu cuma salah satu faktor kecil sahaja. Penggunaan konfigurasi sprocket 15-44 boleh diaktakan agak seimbang, enjin pun kurang mengerang. Namun rasanya konfigurasi 15-33 lebih baik bagi mendapatkan top speed. Itu pun masih bergantung kepada berat penunggang.

Suka untuk dikongsikan disini, bagi mereka yang ingin meningkatkan sedikit prestasi tanpa modifikasi ekstrim, boleh cuba beberapa cara ini

i. buka penapis udara (air filter) namun kekalkan kotak udara
ii. keluarkan de-compressor
iii. menggunakan ekzos aftermarket (manifold lebih besar)

Namun begitu, cara tersebut juga ada risikonya, iaitu enjin menjadi lebih terdedah kepada bendasing halus akibat daripada kurangnya penapisan udara yang masuk. Sebagai pilihan lain, elemen penapisan dari kertas pada penapis original boleh digantikan dengan span penapis (setakat ini span untuk model Yamaha TZM sesuai untuk digunakan) dengan sedikit langkah DIY.

Tuesday, March 8, 2011

Naik taraf kecil-kecilan

Hari ini dapat barang baru untuk Shogun. Naik taraf kecil-kecilan cukup sekadar mendapatkan sedikit peningkatan acceleration dan top speed. Memang ada bezanya (macam iklan Gardenia pulak..hehe) dengan hanya menukar salah satu komponen kecil dalam karburetor ini. Dengar khabar dari mereka yang sudah menukarnya, pengunaan minyak juga lebih jimat sedikit. Sesuailah dengan keadaan minyak semakin hari semakin mahal ini.

Sedikit penerangan spesifikasi pilot jet untuk Shogun ini, saiz asal yang sememangnya standard kilang ialah 12.5. Pilot jet yang baru ini (sudah semestinya barangan tulen SGP) bersaiz 15. Dengan ini kadar pengaliran minyak ke dalam kebuk pembakaran akan meningkat.

Bagi shoguners lain yang ingin mendapatkan pilot jet tulen SGP ini boleh dapatkannya di sini



P/S: Barangan ini boleh dikatakan amat-amat sukar untuk dijumpai dikedai-kedai biasa. Ini pun datangnya terus dari Suzuki Assembler Prai.


Wednesday, March 2, 2011

Standard vs modifikasi

Sedar tak sedar dah lama rupanya blog ini bersawang. Dirantai rutin serta komitmen dari berbagai arah, hampir-hampir lupa tentang kewujudannya. Walau apa pun, model suzuki ini semakin lama semakin banyak berada di atas jalan raya Malaya, walaupun sudah terbukti dan diakui ke'lembap'an nya yang tidak setanding dengan spesifikasi yang tertera.

Sudah ramai yang mencuba untuk meningkatkan tahap kelajuan a.k.a top speed namun kebanyakannya hampa. Ada yang berjaya tetapi apa yang dilaburkan tidak setimpal dengan hasil. Selalu keluar masuk wad, daya ketahanan yang rendah dan sebagainya memaksa ramai yang kembali ke arah standard semula.

Sememangnya Shogun ini tidak direka untuk kelajuan, tetapi lebih kepada keselesaan. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, spesifikasi Shogun ini juga sebenarnya adalah mengikut keperluan negara jiran seperti Indonesia dan jua Thailand yang mempunyai kota metropolitan yang terkenal sesak. Jadi, apa yang diperlukan adalah torque atau lebih dikenali di sini pick up.

Jadi, anda diluar sana masih belum putus harap untuk terus melakukan ujikaji?Apa lagi modifikasi yang terlintas untuk dikerjakan terhadap Shogun ini?

p/s: Biar pun tidak laju, namun sampai jua Shogun Malaya ke tanah Hat Yai tanpa masalah

Thursday, March 4, 2010

misteri cut off 2nd

modi yang dah dibuat kat shogun aku

carb uma
high compres piston
valve spring
cdi brt
ezos nob1 titanium
cam shaft

keputusan top 130 kmh jer...

dari keputusan ujikaji ni aku putuskan shogun punya top misteri terletak pada gear box gear 4 ratio..jadi anda boleh terus ujikaji focus pada ratio gear 4...

Monday, November 2, 2009

Misteri 'cut-off'

Seperti yang sedia maklum..mesin shogun ini mempunyai 'cut-off' yang begitu liat utk ditewaskan oleh mana-mana pihak..dari yang amaur hingga la ke tahap pro...SCK dan TOP-N juga masing2 sedang mencari ramuan terbaik bagi memecah kebuntuan 'cut-off' ini..walaupun sudah ada pemilik-pemilik yang sudah menjalankan projek 'heavy modi' terhadap mesin mereka...namun hasilnya masih mengecewakan..masih lagi di takuk 120kmj..itupun perlu tunduk dan turun bukit.

Mari kongsikan apakah yang anda telah lakukan pada mesin shogun anda untuk meningkatkan prestasi.. adaah ia memuaskan?

sprocket: 14/33 ?15/35? yang mana lebih baik? untuk pick-up atau top-speed

carb: 24 mm/ 28 mm?

cam: high / low?

clutch spring: soft / hard?

coil+c.d.i+spark plug?

piston size+head rebore - ? mm ???


Monday, March 9, 2009

Bagi sesiapa yang masih ingin menambah topspeed shogun, di sini ada beberapa performance part yang dicadangkan

- CDI XP 301MC ST-02 LE-4P
- COIL XP CMC-2A
- VALVE SPRING
- CLUTCH SPRING


Wednesday, March 4, 2009

Rim sukan ENKEI

sejak akhir2 ini, sudah nampak minat dan permintaan terhadap rim sukan enkei shogun ini beserta brek belakang nya..jadi kepada semua shoguners, diharap agar dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan semasa park motosikal di mana-man jua sekali pun. 

sekadar info, jumlah harga rim sukan berserta sistem brek (depan, belakang) shogun ini boleh mencecah rm2000++...maka dengan itu, sayangi rim sukan anda