Tuesday, March 15, 2011

kesan susulan naik taraf kecil-kecilan

AGQ (shogun ku) telah selamat menjalani operasi penukaran pilot jet. Jadi elok rasanya dikongsikan bersama kesannya. Memang terasa ada peningkatan dari segi pick up, namun top speed masih sama. Mungkin kerana AGQ menggunakan rantai O-ring yang sememangnya lebih berat dari yang biasa, itu cuma salah satu faktor kecil sahaja. Penggunaan konfigurasi sprocket 15-44 boleh diaktakan agak seimbang, enjin pun kurang mengerang. Namun rasanya konfigurasi 15-33 lebih baik bagi mendapatkan top speed. Itu pun masih bergantung kepada berat penunggang.

Suka untuk dikongsikan disini, bagi mereka yang ingin meningkatkan sedikit prestasi tanpa modifikasi ekstrim, boleh cuba beberapa cara ini

i. buka penapis udara (air filter) namun kekalkan kotak udara
ii. keluarkan de-compressor
iii. menggunakan ekzos aftermarket (manifold lebih besar)

Namun begitu, cara tersebut juga ada risikonya, iaitu enjin menjadi lebih terdedah kepada bendasing halus akibat daripada kurangnya penapisan udara yang masuk. Sebagai pilihan lain, elemen penapisan dari kertas pada penapis original boleh digantikan dengan span penapis (setakat ini span untuk model Yamaha TZM sesuai untuk digunakan) dengan sedikit langkah DIY.

No comments:

Post a Comment